aaa

Tuesday, April 23, 2019

LATIHAN - L MEMPERSENDAKAN AGAMA

Contoh perbuatan mempersendakan agama:
- Mengamalkan ajaran sesat
- Menyanjungi perbuatan maksiat
- Bersifat anti hadis
- Makan di khalayak ramai pada siang hari di bulan Ramadhan
- Meninggalkan solat / solat jumaat
- Tidak menunaikan zakat
- Tidak menutup aurat
- Memperlekeh ibadat wajib yang difardukan
- Menghina orang yang soleh/bertakwa
- Merendahkan syiar Islam samaada dengan perkataan/perbuatan
- Bangga apabila melanggar larangan Allah

Langkah untuk menjauhi perbuatan mempermainkan agama :
- Berusaha bersungguh-sungguh memahami agama Islam yang sebenar
- Berusaha menguasai pelbagai bidang ilmu untuk membangunkan diri
- Sentiasa berwaspada dalam percakapan dan perbuatan.

Pengajaran ayat di atas:
- Kita wajib menjauhi perbuatan mempersendakan agama supaya mendapat keberkatan Allah SWT

- Kita hendaklah mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan seharian

- Kita wajib menjaga kesucian agama Islam agar maruah Islam dipandang tinggi

- Kita hendaklah sedar bahawa orang yang mempersendakan agama akan menerima siksaan yang pedih.

T4 T4LMA

SOALAN KBAT
Hari ini banyak lahirnya fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Bagaimanakah anda yang diamanahkan sebagai pegawai  dapat menangani permasalahan tersebut.


Sentiasa memantau aktiviti kumpulan yang berkaitan dengan agama supaya tidak bercanggah dengan aliran yang dibenarkan oleh syarak.
Mengambil tindakan undang-undang dan menasihati jika mereka menyeleweng
Oleh itu, setiap kumpulan atau individu yang menyampaikan ajaran agama perlu mendapat tauliah terlebih dahulu agar dapat disahkan kebenaran ajaran yang disampaikan.