aaa

CONTOH KBAT

AKAL CAHAYA HIDUP

Seorang pelajar perlu berfikir berdasarkan ilmu yang ditetapkan oleh Allah S.W.T
Supaya dapat mengelakkan perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain
Akal yang berdasarkan ilmu Al-Quran dan Sunnah dapat meyelamatkan diri dari kemusnahan
Kesimpulannya kita sebagai seorang pelajar, perlu sentiasa menjaga akal mengikut landasan syarak supaya dapat berfikir secara rasional dalam menangani pelbagai masalah

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
Perpatah melayu ada mengatakan “ Bagai kacang lupakan kulit ”. Terdapat segelintir anak-anak pada zaman moden ini suka menghantar ibu bapa mereka yang sakit ke rumah penjagaan orang-orang tua.
Berikan hujah anda sebagai anak yang soleh adakah wajar seorang anak mengabaikan ibu bapa yang terlantar sakit.

Pada pendapat saya anak-anak berkewajipan menjaga ibu bapa yang sedang sakit.
Kasih sayang anak lebih mengurangkan beban penderitaan kesakitan ibu bapa.
Pengabaian menjaga ibu bapa boleh menyebabkan anak-anak mendapat dosa.Menjaga orang sakit adalah tuntutan fardhu kifayah dan wajib bagi ahli waris yang terdekat.