aaa

Friday, April 25, 2014

PI KERTAS 2 KBAT PERPADUAN

Isu penindasan terhadap masyarakat Islam secara berterusan oleh musuh Islam dibeberapa Negara Islam seperti Palestin, Syria ,Pattani dan beberapa negara lain , dilihat sebagai satu kegagalan umat Islam menangani masalah ini. Huraikan hujah anda yang menyokong pernyataan tersebut.

Contoh jawapan :

Umat Islam seperti kuasa besar di Timur Tengah hanya menyaksikan sahaja peperangan dan penindasan terhadap orang Islam di negara lain(1m). Ini kerana tiadanya ukhuwwah dan rasa persaudaraan yang kuat di kalangan umat Islam(1 m).Sebagai contohnya Mesir yang menutup pintu negaranya kepada rakyat Palestin(1 m). Jelas terbukti  isu penindasan dan peperangan di negara Islam telah menunjukkan bahawa umat Islam sudah semakin terhakis ukhuwwahnya dan masing-masing tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan