aaa

Friday, April 25, 2014

sifat mazmumah / yang terdapat dalam hadis

  • Dengki / iri hati        :    لا تَحَاسَدُوا 
  • Menipu / berbohong :   لاَ تَنَاجَشُوا
  • Benci membenci       :  لاَ تَبَاغَضُوا 
  • Berpaling muka        :   لا تَدَابَرُوا 
  • Menghina                 :    وَلاَ يَحْقِرُهُ
ptk  perlu kepada penerangan guru 

وَكُونُوا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا Konsep persaudaraan dalam Islam berdasarkan

ptk

  • Umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira keturunan, bangsa, negara dan warna kulit


Sebab Islam melarang umatnya melakukan perbuatan mazmumah / negatif

  • Akan menimbulkan pergaduhan ptk
  • Akan memutuskan silaturrahim
  • Ekonomi menjadi mundur
  • Aktiviti masyarakat tidak berjalan lancar

Pengertian hasad

Perasaan kurang senang melihat kelebihan ptk orang lain dan berharap nikmat tersebut hilang daripadanya 

Sebab melarang sifat hasad

- Menyebabkan pergaduhan dan perpecahan di kalangan masyarakat  ptk
- Dibenci oleh Allah S.W.T serta dibenci oleh masyarakat 
- Lahir individu yang mementingkan diri sendiri 
- Jiwa tidak tenteram dengan kelebihan orang lain 

Pengertian berpaling muka bermaksud

Tidak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. ptk

Sebab wujudnya sifat berpaling muka

- Perasaan riak dan ego dalam diri individi  ptk
- Mementingkan kemewahan , kekayaan dan pangkat dalam urusan sesama manusia 

Akibat mengamalkan sifat berpaling muka


- Hilang keharmonian dalam masyarakat 
- Terputus silaturrahim  ptk
- Hilang sifat tolong menolong dalam masyarakat 
- Musuh akan mengambil kesempatan drp kelemahan tersebut 

Maksud النجش (menipu)

Perbuatan tidak jujur sama ada melalui tutur kata atau tingkahlaku dalam bermuamalat ptk

Dua usaha yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan perpaduan di kalangan rakan sebaya


1.        Mengucapkan salam apabila berjumpa PTK
2.        Menganjurkan permainan di sekolah / kawasan perumahan
Melakukan solat berjemaah di masjid / surau

Cara untuk mengekalkan perpaduan



1.        Mengamalkan sikap tolong menolong antara anggota masyarakat
2.        Hormati budaya orang lain   PTK
3.        Amalkan budaya ziarah menziarahi
4.        Bertolak ansur antara satu sama lain

Dua akibat jika mengamalkan sifat berpaling muka dalam masyarakat ialah:


1.        Akan menimbulkan pergaduhan PTK
2.        Akan memutuskan silaturrahim
3.        Ekonomi menjadi mundur
Aktiviti masyarakat tidak berjalan lancar

Usaha saya untuk memupuk semangat setiakawan dalam kalangan rakan sekolah



1.        Akan dibenci oleh rakan-rakan/disisih/dipulau   PTK
2.        Sukar meminta pertolongan/bantuan/kerjasama
3.        Menimbulkan pergaduhan/permusuhan dengan pelajar lain
4.        Tidak dipercayai oleh rakan-rakan

Kesan terhadap pelajar yang berpaling muka dengan pelajar lain



1.        Akan dibenci oleh rakan-rakan/disisih/dipulau   PTK
2.        Sukar meminta pertolongan/bantuan/kerjasama
3.        Menimbulkan pergaduhan/permusuhan dengan pelajar lain
4.        Tidak dipercayai oleh rakan-rakan

PENDIDIKAN ISLAM KETAS DUA

  • Kita hendaklah menjauhi sifat dengki mendengki kerana ia memecah belahkan masyarakat      ptk
  • Kita hendaklah menjauhi sifat tipu menipu kerana ia boleh menyebabkan pergaduhan
  • Kita hendaklah menjauhi sifat benci membenci kerana umat Islam adalah bersaudara
  • Kita hendaklah menjauhi sifat berpaling muka kerana agar silaturrahim dapat dieratkan
  • Kita hendaklah mengekalkan perpaduan agar hidup diberkati Allah
  • Kita hendaklah menjauhi sifat yang tidak baik supaya memperoleh keberkatan daripada Allah
  • Kita hendaklah menjaga maruah orang lain supaya dipandang mulia oleh masyarakat yang lain
  • Kita janganlah bersifat sombong agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram

PI KERTAS 2 KBAT PERPADUAN

Isu penindasan terhadap masyarakat Islam secara berterusan oleh musuh Islam dibeberapa Negara Islam seperti Palestin, Syria ,Pattani dan beberapa negara lain , dilihat sebagai satu kegagalan umat Islam menangani masalah ini. Huraikan hujah anda yang menyokong pernyataan tersebut.

Contoh jawapan :

Umat Islam seperti kuasa besar di Timur Tengah hanya menyaksikan sahaja peperangan dan penindasan terhadap orang Islam di negara lain(1m). Ini kerana tiadanya ukhuwwah dan rasa persaudaraan yang kuat di kalangan umat Islam(1 m).Sebagai contohnya Mesir yang menutup pintu negaranya kepada rakyat Palestin(1 m). Jelas terbukti  isu penindasan dan peperangan di negara Islam telah menunjukkan bahawa umat Islam sudah semakin terhakis ukhuwwahnya dan masing-masing tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan